top of page
newsatmy

UMNO Seret Bersatu Dengan Isu Politik

Kamarozaman bin Ahmad

Bingkisan dari Wilayah Utara,

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) harus menerima hakikat bahawa UMNO tidak akan bersama dalam Perikatan Nasional berdasarkan sejarah UMNO itu sendiri.


Sebelum UMNO menyertai Perikatan Nasional pun mereka telah mengeluarkan kenyataan bahawa persefahaman politik itu adalah bersifat sementara. Banyak sebab untuk UMNO jadikan isu itu sebagai alasan.

UMNO menganggap bahawa Perikatan Nasioanl bukan entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional walaupun hakikatnya Perikatan Nasional telah berdaftar dan boleh menggunakan logo mereka dalam mana-mana PRU seperti yang berlaku di PRN Sabah.


UMNO anggap bahawa Bersatu bukanlah sebuah parti untuk mereka berlindung dan memohon simpati lantaran sikap ego, bongkak dan ketuanan. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan sendiri pun pernah mengakui bahawa UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional.

Walaupun hakikatnya UMNO yang hampir nazak dan dapat bernafas kembali dengan semangat persaudaran Bersatu, namun UMNO tidak pernah ikhlas untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasioanl jika melihat sejarah parti itu.

Di kebanyakan bahagian atau kawasan Parlimen, pemimpin-pemimpin mereka sentiasa dahagakan kuasa atau memasang impian untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang.


Oleh itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila mereka terpaksa bersaing pula dengan pimpinan bahagian daripada Bersatu dalam soal menjadi calon.


Walaupun sesetengah bahagian UMNO sudahpun kurang berfungsi mahupun tidak aktif malah untuk mengumpul ahli hadir mesyuarat pun menghadapi kesukaran tetapi pemimpin mereka mempunyai sikap degil dan sukar bertoleransi.


Keadaan itu mudah difahami apabila Bersatu menjemput pemimpin mereka bersama dalam sesuatu program atau sebagainya mereka akan menolak. Itu adalah wajah sebenar pemimpin UMNO.

UMNO masih merasakan bahawa mereka parti Melayu yang memimpin kerajaan. Mereka tidak mahu berada di bawah bayangan pihak lain. Mereka mahu memimpin. Perasaan tamak untuk berkuasa dan mengumpul kekayaan pemimpin mereka sudah sebati sejak dahulu lagi.


Bukan begitu mudah UMNO berasa insaf daripada kekalahan mahupun perbuatan beberapa pemimpin mereka yang korup dan salahguna kuasa.

Sungguhpun begitu, UMNO akan sentiasa mencari peluang walaupun terpaksa mengkhianati rakan mahupun perikatan yang dibina semata-mata untuk mencapai impian untuk berkuasa.


Perebutan dalam kalangan mereka dalam parti UMNO di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat tertinggi pun melalui proses cantas mencantas apatah lagi Bersatu parti yang mereka dendam kerana pemimpin Bersatu kebanyakan datang dari latar belakang berasal dari UMNO sendiri dan juga lawan mereka sebelum ini.


Apa yang berlaku kepada kerajaan negeri Perak pimpinan Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu adalah bukti nyata nafsu UMNO yang tidak pernah padam.

Etika politik sebenarnya tidak seiring tindakan. Walaupun etika tidak menghalalkannya. Elit politik lebih sibuk menjaga dan mencari peluang kuasa dan sanggup mengorbankan etika politik itu sendiri.


Wajah sebenar UMNO sebenarnya ditonjolkan oleh beberapa pimpinan tertinggi yang berkuasa namun mempunyai isu-isu dan skandal mahkamah yang belum selesai.


Menunggu masa untuk meringkuk di penjara jika didapati bersalah atau gagal dalam rayuan mereka.


Bersatu seharusnya kekal tenang dan tidak cepat melatah, keghairahan merebut habuan dan kepentingan pada waktu ini akan hanya menyebabkan ditolak oleh rakyat.


Rakyat berasa loya dan meluat kepada pemimpin politik yang lebih banyak bermain politik daripada memikirkan nasib rakyat yang dilanda wabak dahsyat, pendemik covid-19.


Rakyat berasakan bahawa pemimpin politik hanya memikirkan tembolok untuk mendapatkan kuasa. UMNO sebenarnya cuba mengheret Bersatu supaya sentiasa menghadapi tekanan politik yang mereka cipta supaya dilihat oleh rakyat Bersatu parti yang sibuk menjaga politik mereka daripada menjaga kebajikan rakyat.


Bersatu sepatutnya tidak melayan kerenah dan gelagat pemimpin UMNO supaya tidak terjebak dengan perangkap yang dibuat oleh mereka.


Saranan itu juga termasuk kumpulan baru yang baru menjadi keluarga Bersatu dalam kalangan pengikut Azmin Ali.


Perlu diakui bahawa rakyat juga terkesan dan kecewa dengan tindakan yang beliau ambil.


Kemasukan kumpulan itu ke dalam Bersatu juga semestinya dalam situasi yang harmoni dan tidak ada perasaan syak wasangka kerana bukan mudah seperti mana yang dirasai oleh UMNO terhadap Bersatu.


Kumpulan Azmin Ali itu juga harus menghormati tuan rumah terutama Ketua-ketua Bahagian sebelum bercadang mengintai peluang.


Tindakan sembrono akan menyebabkan berlaku perpecahan dan melemahkan jentera pilihanraya bahagian berkenaan.


BERSATU KEKAL TENANG.


Penerangan KZ

Bersatu Bahagian Balik Pulau.

5 Januari 2021



Comments


bottom of page