top of page
  • newsatmy

Selepas keluar Warisan dan Bersatu, Mohamaddin Ketapi kini sertai PBM


KOTA KINABALU,28 Ogos: Selepas meninggalkan Parti Warisan dan Bersatu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


Mohamaddin memaklumkan keputusan itu dibuat beliau selepas menilai dan meneliti perlembagaan parti berkenaan iaitu memperjuangkan hak dan autonomi wilayah borneo seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Dalam pada itu, ditanya sama ada sama akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) selepas menyertai PBM, Mohamaddin memaklumkan beliau menyerahkan keputusan penuh mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan.


Terdahulu, Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama pada 30 Oktober tahun lalu mengumumkan keluar daripada Warisan dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.


Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Warisan itu kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kira-kira sebulan kemudian.


Bagaimanapun, pada 26 Jun beliau sekali lagi mengambil keputusan keluar Bersatu kerana tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini

Comments


bottom of page