Saya tidak rela dimadu" - Puteri Sarah
KUALA LUMPUR 10 Jan: Tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, sampai ke kemuncak apabila pelakon itu secara terbuka meminta suaminya, Syamsul Yusof agar melepaskannya.
Bahkan, dalam mesej yang dimuat naik di akaun media sosialnya, Puteri Sarah juga menegaskan, tujuan dia meminta dilepaskan adalah kerana tidak rela dimadukan.
“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better,” tulis Puteri Sarah dalam hantaran mengiringi gambar dia dan dua anaknya, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4, hasil pernikahan dengan Syamsul.
Kisah rumah tangga Syamsul yang juga pengarah filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih berpanjangan berikutan pelbagai kenyataan berterusan dikeluarkan oleh pelbagai pihak.
Nama Syamsul, 39, mendapat perhatian sejak Jumaat lalu apabila dia mengaku memadukan Puteri Sarah, 37, dengan menikahi pelakon Ira Kazar, 28, yang sebelum ini pernah dikaitkan sebagai kekasihnya.
Syamsul mengakui, dia dan Ira berkahwin secara sah di negara jiran, Thailand dengan berwalikan bapa mentuanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
Terdahulu, dua jam sebelum mengeluarkan kenyataan minta dilepaskan, Puteri Sarah turut berkongsi hantaran Insta Story membidas kenyataan suaminya yang mengatakan, orang jahil akan sentiasa mempamerkan kejahilannya.
Katanya, dia kecewa dengan tindakan suaminya kerana akan memberi kesan kepada anak-anak.
"Saya cuba tidak bertindak balas atas kerosakan yang sudah dilakukan, tetapi saya sangat bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa sangat kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga
Astro Awani
Hozzászólások