top of page
Writer's pictureArissa Azman

Ramai pengundi masih keliru dengan parti PN, BN


Sebahagian pengundi di melaka masih keliru dengan lambang Perikatan Nasional dan masih beranggapan bahawa Perikatan Nasional adalah di bawah UMNO.


Kajian dalaman mendapati, ketika mereka bertanya tentang parti Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat atau pengundi di Melaka, kebanyakan mereka masih tertanya-tanya apakah itu PN, siapakah orang yang ada di dalam PN, adakah PN sebahagian daripada UMNO dan sebagainya.



Pengundi keliru antara logo resam bendera parti Barisan Nasional yang ditekap atas kain berwarna biru dengan Perikatan Nasional.


Golongan tua sebahagiannya buta huruf dan mereka tidak mengenali Perikatan Nasional yang di Pengerusi kan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, atau lebih mesra dipanggil Abah dan masih lagi beranggapan bahawa Perikatan Nasional di bawah naungan UMNO.


Sesetengah pengundi berkata bahawa di dalam Perikatan Nasional di dalamnya ada UMNO, dan mereka beranggapan Muhyiddin Yassin atau Abah masih lagi di dalam parti UMNO.


Mereka tidak tahu parti Perikatan Nasional adalah gabungan BERSATU, PAS dan GERAKAN dan Muhyiddin Yassin adalah Presiden Bersatu dan juga Pengerusi Parti Perikatan Nasional.


Perkara yang akan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi adalah singkatan ‘PN’ dan ‘BN’ merujuk kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang sudah menjadi kebiasaan.


Perikatan Nasional menggunakan perkataan PERIKATAN NASIONAL ditekapkan atas kain berwarna prussian blue sebagai lambang untuk bendera parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka supaya pengundi tidak keliru.


Jika pihak Perikatan Nasional tidak menangani perkara ini, boleh menyebabkan ketewasan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun pengundi menerima dan menggemari Abah yang banyak membantu dan menolong rakyat Melaka.



Comments


bottom of page