top of page
admin

PRN 6 Negeri:Rakyat pastinya akan mahu memberi peluang kepada Perikatan Nasional -Wan Saiful

1 Mac

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan akan menjejaskan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Beliau berkata rakyat pastinya akan mahu memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) membuktikan diri di enam negeri yang akan mengadakan PRN yang dijangka pada Julai depan.

“Dari segi prestasi, mengikut kajian yang dijalankan, prestasi kerajaan hari ini adalah kurang memuaskan,” katanya dipetik sebagai berkata dalam program Sinar Live bertajuk “Wan Saiful, Apa Cerita?” semalam.


Menurutnya, rakyat kurang percaya dengan kebolehan pemerintah semasa dalam mentadbir negara, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang mencabar yang dihadapi negara.


“Ini akan menjejaskan prestasi PH dan BN dalam PRN,” katanya.


Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu juga berkata sukar untuk membayangkan penyokong DAP mengundi UMNO dan penyokong UMNO pula mengundi DAP walaupun kedua-dua parti itu dijangka bekerjasama dalam PRN akan datang.


“Ini kali pertama saya tidak tahu bagaimana penyokong DAP akan mengundi UMNO dan penyokong UMNO akan mengundi DAP,” katanya.

Beliau berkata penyokong Amanah dan PKR juga akan berkempen untuk UMNO, MCA dan MIC.

“Ini akan menjadi bersejarah… jadi kita akan lihat bagaimana keadaannya,” katanya.


Beliau berharap mereka yang menyokong PH dan BN tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang dan memberi peluang kepada PN untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk membantu negeri-negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi.

Comentários


bottom of page