top of page
admin

Pemandu teksi berjalan lebih 300km ke Istana Negara


Pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, berjalan kaki dari Tol Skudai, Johor hingga Istana Negara, Kuala Lumpur terlaksana apabila dia berjaya tiba selepas mengharungi perjalanan sejauh 312 kilometer selama kira-kira enam hari. dalam usaha menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.


Lelaki berusia 48 tahun itu tiba di pintu Istana Negara dan dibenarkan masuk pada pukul 11.15 pagi bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.Dia ditemani oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dari Perikatan Nasional (PN).


Menurut Noorazlan yang kehilangan kerja ketika pandemik Covid-19, dia sebenarnya tiba di Kuala Lumpur pada Ahad dengan berjalan kaki seorang diri bagi membawa misi pengeluaran KWSP itu.


Lelaki itu turut menerima cenderahati daripada Sultan Abdullah, meskipun tidak dapat bertemu baginda.


Katanya, wang KWSP tersebut mahu digunakannya untuk membayar hutang.

Sebelum ini, Noorazlan mengadakan panggilan video bersama Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin untuk memaklumkan mengenai tujuannya berjalan kaki.


Nooazlan dijangka dibawa ke Parlimen untuk bertemu wakil-wakil rakyat petang ini.

Dalam perkembangan lain Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berhubung pengeluaran bersasar KWSP.


Seruan membenarkan pengeluaran KWSP turut disuarakan oleh bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam Parlimen.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan pencarum KWSP boleh mencagarkan wang mereka kepada pihak bank untuk pinjaman yang mahu dibuat.


Dalam pada itu, Wan Saiful berkata konsep mencagarkan wang KWSP kepada bank tidak menyelesaikan masalah pencarum yang rata-rata mahu membayar komitmen dengan pengeluaran bersasar.

Commenti


bottom of page