NGO bantah tindakan polis tembak mati penjenayah di Johor
15 Februari 2021
Dua hari lalu, Polis Johor telah menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah warga asing selepas insiden berbalas tembak dan pergelutan yang turut menyebabkan seorang anggota cedera – dan hari ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik tindakan polis itu.
NGO itu menggelar diri mereka “Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan” atau “Eliminating Death And Abuse In Custody Together (EDICT)”.
EDICT dalam satu kenyataan menggesa Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) dalam melepaskan tembakan ketika menahan suspek.
NGO itu mempersoalkan sama ada tindak balas polis menembak mati keempat-empat suspek semalam bersesuaian dengan SOP yang ditetapkan apabila berdepan serangan pejenayah.
“EDICT curiga dengan tindakan polis yang terus menembak mati suspek dalam satu kejadian mengejar mati suspek dalam satu kejadian mengejar yang berlaku di Batu Pahat, Johor” Kata NGO itu dalam kenyataanya.
“Terhad hanya untuk menjatuhkan orang salah itu sahaja atau menahan kesalahan daripada berlaku.”
Dalam perintah sama, telah dinyatakan bahawa tindakan menembak oleh seorang anggota polis hendaklah berpatutan.
“Mengapakah polis tidak menembak di bahagian kaki suspek terlebih dahulu seperti dinyatakan dalam SOP polis. Apakah tindak balas polis membunuh semua suspek tersebut dilihat munasabah dan berpatutan sebagaimana dinyatakan dalam PTKPN D222,” katanya.
Dalam kejadian itu, empat lelaki dipercayai warga asing mati selepas terlibat dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembak dengan pihak polis di Jalan Pagoh-Parit Sulong kira-kira pukul 3.15 pagi semalam.
Seorang anggota polis turut cedera dibahagian tangan akibat ditikam kerambit.
Dalam satu sidang media, Ketua Polis Johor berkata sebelum berlakunya kejadian itu pihak polis telah menahan dua buah kenderaan mencurigakan untuk pemeriksaan.
Namun secara tiba-tiba pemandu dan penumpang kenderaan dripada jenis Toyota Avanza itu telah bertindak secara agresif dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan kearah anggota polis itu.
Pada masa yang sama mereka turut cuba melarikan diridan telah berlaku pergelutan dengan anggota polis.
Suspek telah menyerang anggota polis dengan parang dan kerambit.
“Selah seorang suspek telah bertindak menikam anggota poli. Untuk mempertahankan diri, pasukan telah melepaskan untuk menghentikan ancaman daripada suspek,” kata Ayob Khan.
Comments