top of page
zaman

Nakhoda ‘pengganti’ yang gagal mengemudi!


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain atas kecelaruan punca pemutus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat atas isu himpitan ekonomi sedangkan sebarang keputusan kabinet di dalam kerajaan adalah prerogatif mutlak seseorang Perdana Menteri


Perdana Menteri adalah ketua kabinet di dalam kerajaan, beliau sepatutnya mengarah atau memimpin ahli kabinet “to do the right thing”, Beliau seharusnya mengambil tanggungjawab penuh di atas keputusan yang di berikan kepada menteri kabinet beliau.


Sepertimana era pemerintahan Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu menjadi Perdana Menteri sebelum terpaksa tunduk atas permainan politik perebutan kuasa UMNO dalam pada TS Muhyiddin yang begitu tekal berbakti untuk membantu rakyat, beliau pada ketika itu banyak mengarahkan anggota kabinet pimpinan beliau untuk mencari idea, rangka kerja dan merangka inisiatif yang akan dapat memberi manfaat dan membantu rakyat dalam waktu pandemik Covid19, dan hasilnyanya terdapat pelbagai pakej-pakej rangsangan diperkenalkan di era pentadbiran beliau seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Bantuan Prihatin, Kotak Prihatin dan lain-lain untuk meringankan bebankan rakyat.


Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bukan sahaja dilihat gagal untuk memimpin anggota kabinet, malah turut gagal untuk yakinkan kepimpinan utama UMNO bagi meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu daripada tekanan kepimpinan UMNO untuk membubarkan parlimen semata-mata hanya untuk menyelamatkan segelintir pemimpin mereka daripada kes di mahkamah.


Kestabilan Kerajaan Malaysia di dalam gabungan hari ini hanya bergantung kepada sejauh mana pendirian Perdana Menteri dalam membuat segala keputusan dan perlu mempunyai prinsip yang tegas untuk tidak hanya tunduk kepada kluster mahkamah di dalam saf kepimpinan UMNO.


Datuk Seri Ismail Sabri dan Tengku Zafrul tidak menunjukkan satu solusi kepada rakyat bahawa mereka mampu untuk selesaikan permasalahan rakyat ketika ini, sebagai contoh soal kejatuhan ringgit, kenaikan OPR, kenaikan harga barang apatah lagi dalam isu “bread n butter”? Bagaimana? Tiada satu pun solusi yang ampuh dapat “di hidangkan” kepada rakyat.


Berbeza dengan kesungguhan yang ditonjolkan menteri dari Bersatu sebagai contoh baru-baru ini, Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali telah berjaya menarik berbillion pelaburan dari luar negara seperti negara Jepun untuk masuk ke dalam negara kita. Ini salah satu langkah untuk meningkatkan kembali ekonomi di Malaysia. Dan ini adalah pembuktian bahawa sepertimana Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita tidak sekadar ‘politicking’ semata sehingga kebajikan rakyat di abaikan sepertimana gesaan pemimpin-pemimpin UMNO.


Apa yang jelas kebanyakan Menteri-Menteri dari UMNO pula sibuk melaksanakan program yang berunsur politik kepartian berbanding program-program yang membantu rakyat dalam pada tiada sebarang pakej baru diperkenalkan kepada rakyat tidak sepertimana di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri.


Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri juga seolah-olah buat tidak tahu sahaja bilamana inflasi semakin naik dan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat sekarang sedang hadapi kesusahan untuk mencari rezeki meneruskan kelangsungan hidup. Beliau juga tidak memberi penjelasan sebaiknya kepada rakyat, tiada “affirmations and assurance” kepada rakyat, sekurangnya beliau patut tampil kehadapan dan terangkan sesuatu kepada rakyat perihal perancangannya.


Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), tetapi beliau banyak membuat “engagement” dengan pelbagai pihak, dari golongan profesional, sehingga ke golongan akar umbi hampir setiap negeri menerusi dialog MPN untuk mencari solusi menyelesaian masalah rakyat. Pelbagai cadangan telah di lontarkan untuk di usulkan di dalam Mesyuarat Kabinet tetapi masih tidak di laksanakan.


Sebagai Pengerusi MPN sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah gunakan platform yang diberikan untuk bermain politik, sebaliknya meneruskan agenda Prihatin Rakyat seiring dgn prinsip utama Perikatan Nasional.


Banyak Menteri-Menteri Perikatan Nasional sudah menunjukkan “performance” yang cukup baik di dalam kabinet, tapi kalau nahkoda kapal yg gagal “steer the way”, akhirnya bahtera itu boleh karam dengan sendiri.


Asyraf Halim Exco Armada BERSATU Malaysia

Comentarios


bottom of page