top of page
admin

Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi ciapan di Twitternya berkongsi enam tabiat yang tidak patut diamalkan oleh isteri.

"Jangan menghina dan mengumpat suami di depan orang lain, jangan meninggikan suara dan mengherdik suami dan jangan keluar tanpa izin suami.

"Jangan mendoakan kecelakaan buat suami, jangan membenci kegemaran suami dan jangan menjadi tekanan kepada suami," ciapnya. Musa juga berkata, ada tempat bagi isteri yang menderhaka kepada suami.

Dalam ciapan yang lain Musa turut menggariskan lima ciri-ciri isteri derhaka kepada suami.


"Tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami, suka menyakiti hati suami, melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami, keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai dari suami," ciapnya lagi. Dalam satu ciapan lain, Musa berkongsi satu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.

"Sabda Raulullah S.A.W bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita," ciap beliau.

Pada Selasa, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berbalah dengan seorang wanita.


Pada hari yang sama, Musa menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya susulan tersebar klip video tersebut.

"Ini adalah masalah (privasi) keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

"Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," ujarnya.

Comments


bottom of page