top of page
Writer's pictureNihaba

LEBUH RAYA PAN BORNEO PEMANGKIN PELANCONGAN PANTAI TIMUR SABAH

7 November 2021

SANDAKAN: Pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah bagi Zon Timur melibatkan laluan Kinabatangan hingga Telupid, bakal menjana perkembangan sektor pelancongan di kawasan pantai timur negeri itu.


Bagi Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan CK Teo, memiliki sistem jalan raya atau lebuh raya yang baik mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa berkunjung ke destinasi menarik di pantai timur Sabah.


Beliau berkata Lebuh Raya Pan Borneo Sabah merupakan projek pembangunan infrastruktur yang berimpak tinggi dan perlu disiapkan, kerana menjadi impian penduduk Sabah memiliki jalan raya yang sempurna.


Lebuh Raya Pan Borneo Sabah terdiri daripada tiga fasa projek dan sebagai permulaan sebanyak 35 pakej kerja dirangka dilaksanakan dalam fasa satu projek membabitkan jarak 706 kilometer.


Empat pakej baharu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur yang dijangka siap pada 2024, dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Sementara itu Presiden Dewan Perniagaan Cina Lahad Datu Tan Cheng Teng berkata pelaksanaan projek berkenaan, bukan sahaja menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan tetapi turut sama menjana ekonomi penduduk setempat.


Comments


bottom of page