top of page
Writer's pictureArissa Azman

Kos penyelenggaraan Vellfire lebih murah berbanding Perdana


Kontroversi mengenai Toyota Vellfire 2.5L yang dijadikan kenderaan rasmi untuk kegunaan Menteri Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium hangat diperkatakan kebelakangan ini.


Terbaharu, Kementerian Kewangan mendedahkan perbezaan lebihan kos bulanan sebanyak RM2.80 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium adalah antara faktor Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) itu ditukar kepada model Vellfire 2.5L.


Perkara itu dijelaskan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengenai keputusan menukar KRJ adalah dibuat dengan mengambil kira kos sewaan bulanan lebih rendah.


“Kos sewaan setiap bulan bagi model Toyota itu ialah RM4,851.61 berbanding untuk Proton pula RM4,854.41,” kata Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan akhbar pada 7 November.


Selain itu, keputusan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L untuk Menteri-Menteri Persekutuan juga adalah agi menggantikan Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluaran pada 2014.


Kementerian Kewangan turut memaklumkan usia KRJ sebelum digantikan sudah mencecah enam tahun sedangkan mengikut jadual sepatutnya ditukar setiap empat tahun sekali.


Malahan, Toyota Vellfire 2.5L memiliki kos penyelenggaraan yang rendah, tahan lasak dan juga sangat selesa untuk perjalanan jauh. Harus diingat, sebagai seorang Menteri, tanggungjawab mereka adalah untuk menjaga seluruh rakyat Malaysia dan perjalanan mereka memakan masa dan jauh.


Sudah semestinya mereka akan membawa sekali Pegawai-pegawai Khas mereka kedalam satu kereta yang sama untuk memudahkan kerja mereka serta menjimatkan kos minyak serta tol, dan mereka memerlukan persalinan pakaian yang cepat dan mudah serta perlu membawa file dan kerja-kerja yang berkenaan yang mungkin perlu disiapkan dengan segera dan kenderaan seperti Vellfire inilah kenderaan yang paling sesuai kerana memiliki ruang yang sangat besar.


Ada ketikanya menteri akan menguruskan kerja dengan kadar yang segera di dalam perjalanan, jadi dengan adanya kenderaan seperti ini, tidak akan menjadi satu masalah bagi mereka untuk menyiapkan kerja.


Jangan dikategorikan Vellfire itu sebagai satu kenderaan yang mewah sahaja, tetapi sesuatu keperluan untuk Menteri-menteri boleh membuat kerja yang berkualiti dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.


Kenderaan eksklusif ini mempunyai kapasiti muatan tujuh atau lapan tempat duduk dengan opsyen varian sama ada berkuasa petrol atau hibrid dengan transmisi lapan jenis kelajuan.


Semua sedia maklum, Spanco ialah rakan konsesi yang sudah lama menjadi pembekal dan menguruskan aset kenderaan Kerajaan. Selain Vellfire, Spanco turut membekalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 kepada pegawai Kerajaan. Syarikat itu mendapat kontrak sejak 1994.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menyatakan bahawa kerajaan membayar kos pajakan Toyota Vellfire 2.5L berkenaan sebanyak RM5,759.35 sebulan, dan RM69,112.20 setahun.


Kos pajakan bulanan ini terdiri dari kos sewaan bulanan sebanyak RM4,851.61 untuk sebulan, RM58,219.32 setahun dan kos selenggaraan bulanan RM907.74 sebulan dan RM10,892.88 setahun.


Kerajaan juga boleh menjimatkan kos melalui pengecualian duti dan cukai dan harga bagi sebuah Vellfire dianggarkan RM367,881.00 tetapi memiliki kos penyelenggaraan yang murah.

Sehingga September 2021, kerajaan telah membayar kos pajakan sebanyak RM1.42 juta kepada syarikat konsesi.


Usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali.


Sebelum ini Menteri-menteri Kabinet menerima Proton Perdana dalam versi yang dipanjangkan untuk kegunaan rasmi, sebelum digantikan dengan Toyota Vellfire. Manakala Proton Perdana biasa untuk kegunaan pegawai kerajaan pula kini telah digantikan dengan Proton X70, juga dibekalkan oleh Spanco.

Comments


bottom of page