Kedudukan blok ADUN BN Sabah unik
Pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, tempat duduk Bung Moktar dan beberapa ADUN UMNO yang menyokongnya telah dipindahkan ke blok pembangkang bersama Warisan.
Namun ADUN UMNO Datuk Shahelmey Yahya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu hari ini (11 Januari 2023) .
Datuk Shahelmey Yahya berkata beliau masih lagi ahli UMNO dan mewakili parti itu.
Beliau adalah antara lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang menentang tindakan Barisan Nasional (BN) negeri untuk menarik diri daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Saya masih ahli UMNO kerana tidak menerima sebarang berita daripada pucuk pimpinan parti,” kata ADUN Tanjung Keramat itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Mengulas lanjut, Shahelmey berkata “Saya pernah berjumpa dengan presiden parti (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebentar (baru-baru ini) tetapi tiada apa-apa. Kami hanya mengangguk (sesama sendiri) dan berjabat tangan, itu sahaja.
Beliau berkata demikian kepada pemberita yang berkumpul di luar Istana Seri Kinabalu di mana beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya hari ini.
Namun Bung Moktar berkata Shahelmey dan ADUN Sugut, James Ratib, tidak mewakili UMNO dan parti itu tidak mengiktiraf Kabinet baharu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.
Shahelmey berkata ADUN yang menyokong Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menerima wakil daripada parti lain yang cuba menggulingkan kerajaan Hajiji beliau menasihatkan pihak yang tidak menyokong Hajiji sebagai KM perlu menerima hakikat yang berlaku.
“Apabila tiba 2025, penggal (kerajaan ini) akan berakhir dan barulah kita boleh mendapatkan mandat daripada rakyat,” kata Shahelmey lagi.
Dilaporkan Anwar mencadangkan Hajiji membentuk kerajaan perpaduan Sabah yang akan melibatkan semua parti di negeri itu termasuk BN, Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
Bagaimanapun, hajiji menolak cadangan Anwar tanpa memberi sebarang alasan.
Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe, salah seorang daripada tiga muka baharu dalam barisan Kabinet negeri, berharap pelantikan itu dapat menamatkan krisis politik di Sabah.
Mengenai laporan Anwar mencadangkan supaya semua parti dimasukkan ke dalam kerajaan perpaduan, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah yang baharu itu berhujah bahawa Perdana Menteri hanya memberi kepercayaan kepada Hajiji untuk membuat keputusan.
“Beliau (Anwar) memberitahu kami tiada masalah, beliau menyokong Hajiji untuk terus memimpin Sabah.
“Jadi, ini adalah keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri dan kita perlu menerima dan menghormatinya. Dan dengan sokongan (diberikan kepada Hajiji) terutamanya daripada tujuh wakil PH Sabah, saya fikir Sabah akan mempunyai kestabilan politik.
“Dan (kerajaan) kini akan dilihat lebih inklusif,” kata Phoong.
Comments