top of page
newsatmy

Jawatan TPM? – Belum Sesuai


Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, sekarang bukanlah masa sesuai untuk mana-mana pemimpin UMNO membuat tuntutan atau meletakkan syarat terutamanya berkaitan jawatan timbalan perdana menteri.Isu pokok yang perlu difahami ialah kuasa memilih timbalan perdana menteri adalah hak istimewa Perdana Menteri sendiri


“Meletakkan syarat atau tuntutan bukanlah satu perkara yang sesuai sekarang terutamanya dalam keadaan negara masih lagi dibelenggu dengan krisis kepimpinan... krisis politik.


“Walaupun pembentangan belanjawan telah diluluskan (peringkat dasar) namun kita dapati masih ada tekanan daripada pembangkang yang cuba gagalkan kelululusan belanjawan di peringkat jawatankuasa.


“Dalam keadaan sekarang, membuat tuntutan yang bersifat menimbulkan satu keadaan yang tidak stabil pastinya akan mengundang rasa kurang selesa di mata masyarakat,” ulas beliau ketika mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan UMNO akan membangkitkan semula kedudukan jawatan itu sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai di Dewan Rakyat.


Tuntutan sebegitu harus diketepikan terlebih dahulu sebaliknya mereka perlu mengutamakan kesihatan rakyat dan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi individu atau parti, menurutnya lagi.


Comments


bottom of page