Hala tuju ekonomi gig di Malaysia, meluas atau sebaliknya?
Ekonomi gig antara segmen baharu pekerjaan yang menjadi pilihan ramai susulan pelbagai kesukaran perlu dihadapi era pandemik COVID-19.
Turut dikenali sebagai ‘ekonomi platform’, ‘ekonomi atas permintaan’ dan ‘ekonomi bersama’, ia merujuk kepada permintaan dan penawaran perkhidmatan jangka pendek atau berdasarkan tugas.
Kemampuannya dalam memberikan fleksibiliti masa kerja, halangan rendah untuk menyertai serta memberikan pendapatan agak lumayan dalam masa singkat antara faktor berlakunya peningkatan.
Bagaimanapun, timbul perdebatan mengenai keselamatan pendapatan yang dijana serta kurangnya perlindungan sosial diberikan kepada pekerja yang menceburinya.
Pun begitu, kerajaan mula mengambil inisiatif dengan memberikan insentif menerusi pakej rangsangan ekonomi membabitkan kebajikan pekerjanya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ia memperuntukkan geran padanan berjumlah RM50 juta bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Persoalannya, adakah ia mencukupi bagi menampung jumlah pekerjanya yang semakin meningkat saban hari?
Bagaimana pula dengan trend semasa, landskap dan statusnya? Apakah Akta Kerja 1955 yang sedia ada boleh diguna pakai dan memadai bagi ekonomi tersebut?
Benarkah dakwaan bahawa pekerja gig dianggap sebagai pekerjaan berkemahiran rendah, bergaji rendah dan kurang mobiliti sosioekonomi?
Apakah sudah ada perkara yang harus dipertimbangkan untuk mendidik masyarakat, khususnya golongan muda mengenainya?
Comments